Posts

Showing posts from November, 2019

Nampak Kelakar Tapi Inilah Doorgift Majlis Kahwin Paling ‘ON’ Tahun 2019

Image
Nampak Kelakar Tapi Inilah Doorgift Majlis Kahwin Paling ‘ON’ Tahun 2019 Bila rancang nak buat majlis perkahwinan, item paling utama yang jadi bakal pengantin sakit kepala nak fikir adalah soal bajet. Maklumlah, macam-macam yang perlu difikirkan dari duit hantaran sehinggalah doorgift untuk tetamu. Dalam sesuatu majlis, pasti bab doorgift yang paling kita suka. Macam-macam idea yang akan terbayang dan rasa nak buat semata-mata tanda penghargaan kepada tetamu yang sudi hadir dan memasti mereka pulang dengan gembira. Ditambah lagi, zaman semua benda dah naik harga. Memang pening kepala si pengantin nak fikir cara mengurangkan bajet. Jangan risau, gunakan kreativiti anda semampu boleh. Soal doorgift untuk tetamu, anda boleh kecilkan bajet jika anda boleh fikirkan idea yang menarik dan lain dari yang lain. Tak perlu doorgift yang mahal, yang murah pun boleh asalkan anda berjaya transformkan ia menjadi sesuatu tang sentimental. Ini antara doorgift yang nampak kelakar tapi ba

Jangan Keliru! Ini Beza Mahar Dan Hantaran

Image
Jangan Keliru! Ini Beza Mahar Dan Hantaran Perkahwinan adalah sunnah nabi dan merupakan satu ibadah. Ia sepatutnya dilangsungkan dalam suasana meriah, gembira dan penuh kasih sayang kerana ia membuka jalan silaturahim antara dua keluarga. Hari ini isu hantaran yang terlalu tinggi dan tabiat suka membanding-banding semakin menjadi-jadi. Peranan media dalam menggembar-gemburkan cerita majlis perkahwinan orang tertentu juga antara punca perkara ini berlaku sehingga sukar dikawal. Anak-anak kita mesti memahami apa mahar dan hantaran? Apa itu mahar? Mahar atau selalu disebut sebagai mas kahwin merupakan pemberian oleh seorang lelaki kepada seorang wanita atas sebab berlakunya akad nikah. Al-Quran menyebutnya sebagai saduq, nihlah, faridah, hiba’ dan ajr. Namun, semua istilah tersebut membawa maksud dan pengertian yang hampir sama iaitu pemberian berlandaskan kejujuran, tanda persetujuan dan pemberian wajib yang tidak mengharapkan imbalan dan balasan. Al-Quran menyebut meng

Plan Kahwin Tahun 2020? Ini Tarikh Cantik Yang Anda Boleh Pilih

Image
Plan Kahwin Tahun 2020? Ini Tarikh Cantik Yang Anda Boleh Pilih Wah… mesti rasa tak sabar nak tamatkan zaman bujang tahun 2020 kan. Maklumlah tahun cantik katanya. Tapi…dah pilih tarikh yang sesuai ke? Orang tua-tua kata, pilihlah tarikh yang sesuai kerana ia mempengaruhi kesejahteraan rumah tangga. Tapi…boleh percaya ke? Jika masyarakat cina juga percaya tarikh yang baik boleh mempengaruhi kebahagiaan dan untung besar dalam keluarga. Kira kalau berkahwin pada tarikh yang elok, nasib yang baik boleh memberi banyak ‘Ong’ kepada suami isteri. Bagi masyarakat india pula mempercayai jika berkahwin pada tarikh yang cantik mampu memberi rezeki dan menjauhkan perkahwinan yang dibina dari bala dan nasib buruk. Bergantunglah kepada kepercayaan masing-masing. Namun, memilih tarikh baik juga adalah harus bagi memudahkan dan memeriahkan majlis yang dibuat. Bagi anda yang memilih untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2020 nanti, kami kongsikan kepada anda tarikh-tarikh yang me

Pening Nak sediakan Kad Jemputan Majlis ? jom baca ini

Image
Pening Nak sediakan Kad Jemputan Majlis ? jom baca ini: Ramai antara kita yang tak tahu cara kiraan kad kahwin yang betul dan tepat . Jadi admin nak sharekan cara yang betul untuk edaraan kad kahwin. Kad kahwin memainkan peranan penting dalam memastikan jumlah tetamu yang datang pada hari majlis tidak melebihi jemputan anda . Sebenarnya kesedaran tentang pentingnya kiraan edaran kad kahwin ini masih dalam  yang rendah . Disebabkan sekarang isu yang panas ialah isu makanan tak cukup pada hari majlis , jadi  nak sharekan cara yang betul . Semoga Perkongsian Ini bermakna untuk majlis korang pada akan datang!

Nak Kahwin? Ini Cara Kumpul Duit Kahwin Tanpa Hutang

Image
Nak Kahwin? Ini Cara Kumpul Duit Kahwin Tanpa Hutang Zaman sekarang serba serbi mahal. Nak kahwin memerlukan kos yang tinggi walaupun hanya buat majlis ala kadar. Kadang-kadang perlu ada sekurang-kurangnya RM30,000 hanya untuk majlis kecil. Itupun dah banyak jimat sana sini. Bila dah tersepit, terpaksalah buat pinjaman bank semata-mata nak merealisasikan majlis bahagia. Disinilah, banyak pihak perlu memainkan peranan terutama ahli keluarga dalam memberi sokongan kepada bakal pengantin. Kredit: Hanasuva Janganlah hanya untuk memenuhi kehendak orang tua yang mahukan majlis begitu dan begini, akhirnya bakal pengantin yang merana kerana terpaksa mencari duit untuk mencapai apa yang anda inginkan. Ikut sahajalah kemampuan bakal pengantin. Bukan ikut kehendak anda ok! Jom kami kongsikan beberapa tips kumpul duit kahwin dan yang paling penting TANPA HUTANG ok! Simpan 30% dari gaji anda dan masukkan ke dalam tabung kahwin. Cara ni sakit sebab anda memang kena ikat perut gila-

8 Idea Doorgift Pengantin Berbentuk Makanan Bawah RM2 Sahaja

Image
8 Idea Doorgift Pengantin Berbentuk Makanan Bawah RM2 Sahaja Bila rancang nak buat majlis perkahwinan, item paling utama yang jadi bakal pengantin sakit kepala nak fikir adalah soal bajet. Maklumlah, macam-macam yang perlu difikirkan dari duit hantaran sehinggalah doorgift untuk tetamu. Ditambah lagi, zaman semua benda dah naik harga. Memang pening kepala si pengantin nak fikir cara mengurangkan bajet. Jangan risau, gunakan kreativiti anda semampu boleh. Soal doorgift untuk tetamu, anda boleh kecilkan bajet jika anda boleh fikirkan idea yang menarik dan lain dari yang lain. Tak perlu doorgift yang mahal, yang murah pun boleh asalkan anda berjaya transformkan ia menjadi sesuatu tang sentimental. Bagi anda yang merancang nak beri doorgift berbentuk makanan, banyak idea sebenarnya yang kita boleh dapat hanya dengan bajet serendah RM2 sahaja. Jom kami kongsikan apa yang boleh dijadikan doorgift makanan tetapi dengan bajet yang kecil. Bahulu – RM1.50 Kredit: picgra.com Muf

Tips Kira Kos Majlis Kahwin Biar Sepadan Dengan Bajet, Tak Perlu Membazir

Image
Tips Kira Kos Majlis Kahwin Biar Sepadan Dengan Bajet, Tak Perlu Membazir Selepas bertunang, bakal pengantin akan sibuk dengan perancangan perkahwinan mereka. Antara cabaran yang utamapastilah tentang bajet kewangan. Pada hari ini, sepasang pengantin kperlu menyediakan sekurang-kurangnya RM20,000 dalam tangan jika nak kahwin. Sebab majlis perkahwinan adalah satu hari khas seumur hidup dalam kehidupan kita, lainlah jika anda awal-awal lagi dah plan nak pasang dua tiga. Ish..ish..cukuplah setia pada seorang ya. Semua orang ingin mengadakan perkahwinan yang meriah dan sempurna. Jadi jika anda tidak mempunyai pendapatan yang banyak, Maka anda kena merancang perbelanjaan dengan mengeluarkan satu pelan bajet untuk rujukan. Di sini adalah antara pembelanjaan yang diperlukan: 1 . Mas Kahwin Mas kahwin merupakan tanda kasih sayang dan juga pemberian wajib pada suami kepada isteri. Wang pemberian adalah berlainan mengikut negeri masing-masing di Malaysia. Boleh rujuk carta dibaw

Rukun Nikah Yang Wajib Diketahui Oleh Bakal Pengantin

Image
Rukun Nikah Yang Wajib Diketahui Oleh Bakal Pengantin Perkahwinan adalah satu ibadah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya. Adalah penting untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil tahu tentang rukun nikah. Perkahwinan bukan semata-mata untuk menyatukan dua jiwa. Ia lebih kepada ibadah dan pelaksanaan tanggungjawab dari pihak suami dan isteri. Budaya perkahwinan Melayu sering berubah mengikut zaman. Jika dahulu majlis kahwin diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan dipenuhi dengan adat-adat tertentu, tetapi kini tidak lagi. Perubahan demi perubahan di dalam adat Melayu tidak sesekali mengubah ketetapan di dalam agama Islam. Setiap pasangan yang hendak berkahwin perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya. Di antara perkara wajib diketahui oleh bakal pengantin adalah rukun dan syarat nikah. Ianya menentukan samada sahnya sebuah ikatan perkahwinan. Anda perlu tahu sekiranya ada di antara ruk

Nak Bersanding, Bayar Tol Dahulu’, Adat Perkahwinan Johor Yang Meriah

Image
‘Nak Bersanding, Bayar Tol Dahulu’, Adat Perkahwinan Johor Yang Meriah Majlis perkahwinan akan menjadi lebih seronok dan bermakna jika dihadiri dengan sanak saudara rapat, sahabat handai dan yang paling penting ialah keluarga. Jika dilakukan bersama-sama dari awal persiapan sehingga tamat majlis bukan sahaja mengeratkan semula tali silaturahim tapi ia juga sedikit sebanyak mengembalikan memori petua lama dan adat resam.  Bukan apa, bila berkumpul ramai dengan nenek, makcik muncullah pantang larang yang sudah lapuk tidak didengar. Pasti ada yang tercengang bila kali pertama mendengar bukan?  Kami ingin berkongsi tentang adat ‘meriah’ dari negeri Johor Darul Takzim iaitu adat tol ketika hari persandingan. Istimewanya adat ini ialah mengenakan bayaran untuk pengantin lelaki duduk bersanding dengan pengantin perempuannya. Pihak pengantin lelaki akan berarak sehingga kononnya ditahan oleh sanak saudara pihak perempuan daripada bertemu. Jenis Tol  Jadinya pihak lelaki harus

Pertunangan, Heboh Atau Sembunyikan?

Image
Pertunangan, Heboh Atau Sembunyikan? Kebanyakan berpendapat lebih cenderung mengatakan bahawa perlunya pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan di atas pinangan. Darah manis! Itu metaforanya bagi menggambarkan fasa pertunangan walaupun sebenarnya tidak ada penjelasan jelas dari sudut hukum-hakam tentang istilah ‘darah manis’. Apabila seseorang individu atau pasangan berada dalam fasa ‘darah manis’ maka mereka selalu diberi pelbagai pesanan daripada orang terdekat demi menjaga perhubungan berkenaan supaya akhirnya pasangan itu berjaya diijabkabulkan, dan menjadi suami isteri yang sah. Majoriti ulama berpandangan bahawa mengadakan pertuna­ngan itu sekadar harus hukum­nya. Walau bagaimanapun, Mazhab Shafie mempunyai pandangan bahawa bertunang itu hukumnya sunat. Antara rasionalnya adalah, membina hubungan pertunangan bererti membina fasa eksklusif antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang mempunyai perancangan untuk hidup bersama sehin