Jangan Keliru! Ini Beza Mahar Dan Hantaran

Jangan Keliru! Ini Beza Mahar Dan Hantaran

Perkahwinan adalah sunnah nabi dan merupakan satu ibadah. Ia sepatutnya dilangsungkan dalam suasana meriah, gembira dan penuh kasih sayang kerana ia membuka jalan silaturahim antara dua keluarga.

Hari ini isu hantaran yang terlalu tinggi dan tabiat suka membanding-banding semakin menjadi-jadi. Peranan media dalam menggembar-gemburkan cerita majlis perkahwinan orang tertentu juga antara punca perkara ini berlaku sehingga sukar dikawal. Anak-anak kita mesti memahami apa mahar dan hantaran?

Apa itu mahar?

Mahar atau selalu disebut sebagai mas kahwin merupakan pemberian oleh seorang lelaki kepada seorang wanita atas sebab berlakunya akad nikah. Al-Quran menyebutnya sebagai saduq, nihlah, faridah, hiba’ dan ajr. Namun, semua istilah tersebut membawa maksud dan pengertian yang hampir sama iaitu pemberian berlandaskan kejujuran, tanda persetujuan dan pemberian wajib yang tidak mengharapkan imbalan dan balasan.
Al-Quran menyebut mengenai mahar dalam surah Al-Nisa ayat 24 yang bermaksud: “Maka, isteri-isteri yang telah kamu nikmati (setubuhi) dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maharnya (yang sempurna) sebagai suatu kewajipan.”
Dalam ayat ini mahar dikaitkan dengan persetubuhan suami isteri. Ini kerana, Allah SWT memerintahkan kepada para suami yang telah mencampuri isteri mereka agar memberikan mahar sebagai satu pemberian yang wajib. Terdapat juga hadis yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW melarang Ali Bin Abi Talib k.w. daripada menggauli isterinya, Fatimah sebelum menunaikan hak mahar Fatimah. Ditambah pula dengan sebahagian fuqaha yang menggambarkan mahar seolah-olah hanya sebagai imbalan dan upah kepada istimta‘, iaitu persetubuhan yang dinikmati oleh suami dan isteri.

Beza Mahar dan Hantaran

Di Malaysia, mahar ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri tetapi wang hantaran ditetapkan oleh keluarga. Adat ini diamalkan berkurun lamanya sehinggakan sukar untuk dihakiskan. Amalan memberi hantaran tinggi juga menjadi-jadi sehingga timbul isu penggredan hantaran mengikut kelulusan atau pencapaian akademik pengantin perempuan atau jawatan yang dipegangnya.
Ia juga menyebabkan orang tersalah tafsir dan keliru yang mana wajib dan mengikut sunnah dan yang mana adat yang boleh ditinggalkan. Jika hantaran dijadikan mahar, ia boleh menjamin masa depan pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan itu sendiri. Wang hantaran dan segala pemberian bukan sesuatu yang wajib, namun jika ia dijanjikan semasa majlis pertunangan dan menjadi syarat kepada pernikahan maka ia boleh dituntut jika pasangan tidak jadi kahwin atau putus tunang.
Jadi jangan keliru atau tersalah tafsir lagi ye….

Comments

Popular posts from this blog

Pening Nak Gubah Sirih Junjung? Jom Follow Tutorial Mudah Ini

Baru Tahu! Ini Sebab Kenapa Lelaki Tak Suka Pakai Cincin Kahwin

Kali Pertama Jumpa Bakal Mertua? Ini Tips Anda Perlu Follow