Hindari 6 Pantang Larang Untuk Kekalkan Rumah Tangga Bahagia


Hindari 6 Tips Ini Jika Nak Rumah Tangga Yang Bakal Dibina Kekal Bahagia

Dalam Melayari Bahtera Rumah Tangga pertengkaran antara suami isteri pasti berlaku lebih-lebih lagi bila pasangan baru sahaja mendirikan rumah tangga kerana masih berada dalam proses menyesuaikan diri.


Namun Jika pertengkaran itu berlaku setiap hari, bererti ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda sekeluarga.

Suami dan isteri mempunyai tugas serta tanggungjawab yang berbeza, keduanya perlu saling melengkapi diantara satu sama lain

Demi kerukunan rumah tanggan sehingga ke jannah banyak perkara yang perlu di ambil kira. Apakah perkara yang seharusnya tidak dilakukan dan dilarang dalam menjaga hubungan suami dan isteri?

Nak tahu bagaimana ? Jom baca nasihat pesan dari ustaz  Kazim Elias ini

1. Jangan Tinggikan Suara 

Jangan Sesekali kita sebagai suami mahupunn Isteri meninggikan suara sama ada pada isteri atau pada suami. Tegur dan Nasihat dengan Nada yang rendah dan lembut agar tidak menguris hati serta perasaan pasangan. Ingat ini! sangat penting kita menjaga hati pasangan kita


2. Jangan Puji Orang Luar

Jangan sesekali puji orang luar misal jiran kita atau membandingkan psangan kita dengan pasangan orang lain. Ini akan membuatkan suami atau isteri terasa  diperbandingkan

3. Elakan Jauhkan Diri Dari Isteri

Sebagai suami jangan kita sesekali jauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasanyang munasabah adalah suami perbuatan yang boleh menguris hati seorang isteri

4. Jangan Berbohong

Paling penting sekali jangan kita sesekali  berbohong pada pada pasngan kita .Perbuatan  berbohong adalah satu perkara yang tidak baik dan mendatangkan dosa dan yang paling penting ia boleh mendatangkan syak wasangka  dalam hubungan

5.  Janga Abaikan Pasangan
Berusahalah menjadi psangan yang baik kepada pasangan kita. Jadikan seperti kawan tempat meluahkan perasaan dan berkongsi segala masalah. Jangan sesekali abaikan pasang jika dia meluahkan isi hatinya.  Jadilah pendengar yang terbaik

6. Sentiasa Mengaku Salah
Mengaku salah jika membuat kesilapan,  itu sangat penting .Usah  merasa diri kita sentiasa betul keran kita juga  manusia tidak lari daripada kesilapan

Comments

Popular posts from this blog

8 Idea Doorgift Pengantin Berbentuk Makanan Bawah RM2 Sahaja

Nak Bersanding, Bayar Tol Dahulu’, Adat Perkahwinan Johor Yang Meriah

Nampak Kelakar Tapi Inilah Doorgift Majlis Kahwin Paling ‘ON’ Tahun 2019