Bersediakah Anda Hadapi Dugaan Fasa Pertunangan?

Bersediakah Anda Hadapi Dugaan Fasa Pertunangan?


Fasa Pertunangan ialah fasa dimana ujian cabaran dugaan bakal pengantin perlu hadapi sehinggalah detik ijab kabul lafaz nikah oleh wali dan bakal suami.
Dari permulaan cabaran mencari tarikh pernikahan, faktor kewangan, kengkangan masa, persiapan majlis, gangguan emosi, tekanan daripada pihak-pihak yang bercanggah pendapat, hadirnya bekas kekasih, kejujuran, kesetiaan, keimanan, kesabaran diuji satu persatu oleh bakal pengantin.
Air mata fasa pertunangan adalah perkara biasa. Mengadulah kepadaNya. Mintalah ketenangan, kekuatan, jalan penyelesaian, kelancaran dan keyakinan untuk perkahwinan ini.
Berjuanglah untuk jodoh ini. Kerana lelaki ini yang berjuang untuk membahagiakan, berkorban macam perkara untuk sampai ke gerbang perkahwinan demi menemani sang isteri sehingga akhir hayat.
Berjuang dan selebihnya tawakal kepada Allah SWT. Betulkan niat pernikahan ini, janji Allah SWT itu pasti. Semua urusan diperlancarkan dan akan dipermudahkan sehingga lafaz ijab dan kabul.
Bertunang adalah fasa yang paling rapuh sekali sebab itulah anda akan kerap kali mendengar ucapan ‘hati-hati bila berdarah manis’ kerana ia benar. Ringkasan tentang dugaan bertunang adalah datang dari sikap, tindakan, kelakuan anda sendiri. Tiada siapa yang paksa anda untuk mengeruhkan hubungan melainkan anda dengar nafsu godaan syaitan.
Kalau anda tidak sanggup meredah dugaan dan menebalkan iman ketika bertunang jadi bersediakah anda untuk ke alam perkahwinan? 

Comments

Popular posts from this blog

Pening Nak Gubah Sirih Junjung? Jom Follow Tutorial Mudah Ini

Baru Tahu! Ini Sebab Kenapa Lelaki Tak Suka Pakai Cincin Kahwin

Kali Pertama Jumpa Bakal Mertua? Ini Tips Anda Perlu Follow