Isi Majlis Nikah Dengan Keberkatan Dengan Amalan Doa Ini, Bakal Pengantin Ambil Perhatian
Isi Majlis Nikah Dengan Keberkatan Dengan Amalan Doa Ini, Bakal Pengantin Ambil Perhatian
Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna bahasa iaitu berkumpul dan berhimpun. Manakala, kedua dengan makna syar’i, iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan intim antara lelaki dan wanita.
Perkahwinan Menurut Islam
Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Malah, dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan. Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang menyarankan agar umat Islam bernikah.
Firman Allah swt:
فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
Maksudnya, “…Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja…” (Surah an-Nisa’, Ayat 3)
Dari Anas bin Malik ra berkata: “Rasulullah saw memerintahkan kami untuk menikah dan melarang membujang dengan larangan yang keras.” Nabi saw bersabda;
تَزَوَّجُوا الْوَدُوْدَ الْوَلُوْدَ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ اْلأَنْبِيَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya, “Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.” (HR Imam Ahmad)
Berkahwin bukan sahaja menjadi sunnah Nabi saw. Tetapi ia juga adalah cara halal yang Allah syariatkan kepada manusia untuk memenuhi fitrah serta keperluan zahir dan batin manusia. Namun begitu, perkahwinan dalam Islam dilandasi dengan panduan serta hukum yang jelas agar perkahwinan itu menjadi suatu ikatan yang memberi kebahagian, bukannya kemudharatan.
Dalam memohon keberkatan untuk kedua mempelai, bolehlah dibacakan doa ini untuk kesejahteraan kedua mempelai.
Baarakallaahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa jama’a baynakumaa fii khair
“Semoga Allah memberikan berkat kepadamu, semoga Allah mencurahkan keberkatan kepadamu. Dan semoga Allah mempersatukan kalian berdua dalam kebaikan.”
Kedudukan hadis doa nikah ini adalah Hasan Sohih, diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sentiasa mendoakan orang yang melangsungkan pernikahan dengan mengucapkan “Baarakallaahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa jama’a baynakumaa fii khair.” (HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah).
Comments
Post a Comment