Tips 7 Persediaan Yang Wajib Anda Tahu sebelum berkahwin - Seri Manis Katering



7 Tips Persediaan Perkahwinan Yang Wajib Korang Tahu Sebelum Berkahwin!


                                                      Kredit : Sweet Pictures

Perkahwinan Merupakan sesuatu yang wajib dan dianjurkan didalam Agama Islam kerana ia bukan sahaja memberi impak positif pada diri kita bahkan pada generasi yang akan dilahirkan pada masa akan datang

Sebelum perkahwinan itu berlangsung anda dan bakal pasangan and wajib tahu prosedur-prosedur sebelum perkahwinan. Betul kan? Tak kan nak terus jumpa Tok Kadi terus nak Bernikah!

Jom Hari ini seri manis katering nak share 7 Tips yang Wajib korang  bagi anda yang nak melangsung perkahwinan pada tahu 2020!


1. Pemilihan Tarikh Perkahwinan

Yelah Nak berkahwin mesti kena tahun bila tarikh kita nak berkahwin kan? ini bertujuan  bagi memudahkan kita memberi hebahan kepada saudara mara dan juga sahabat handai tentang perkahwinan kita. Sebagai contoh Tarikh yang wajib anda pilih kebiasaanya pada musim cuti sekolah  atau cuti hujung dan cuti umum dalam setiap bulan. Anda kenalah buat checklist tarikh yang sesuai untuk majlis anda

2. Hadiri Khursus Perkahwinan

Khursus perkahwinan adalah wajib bagi bakal pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan! Tujuan Khursus kahwin ini dilaksanakan adalah ingin memberi bimbingan kepada  anda dan juga bakal pasangan tentang hal dalam berumah tangga dan juga tanggungjawab anda sebagai suami isteri
Khursus perkahwinan sebaiknya perlu diadakan selewatnya 3 atau 4 bulan  sebelum majlis anda berlangsung

3.Menempah Katering atau Dewan 

Bila nak nikah ni tak akan tak buat majlis perkahwinan ?  Tujuan adalah memberi hebah kepada masyarakat tentang perkahwinan kita. Pada kini kebiasaannya majlis perkahwinan kita diuruskan oleh pihak katering. Bagi anda yang ingin khidmat ini wajib anda membuat survey pemilihan katering selewat - lewatnya 1 bulan sebelum majlis.

4. Tempahan Jurunikah Dan Andaman

Perkara ini juga tidak kurang pentingnya. Bagaimana hendak nikah jika tiada juru nikah? Bagi yang ada bapa dan boleh menikahkan anak tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada, perlulah mengambil khidmat juru nikah. Juru nikah juga perlu diberitahu awal supaya jadualnya tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Begitu juga dengan andaman. Pasangan dinasihatkan supaya memilih dan menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal.
Pilihan untuk membuat tempahan perlu dikecilkan sedikit supaya anda tidak rambang mata dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Tanya kepada keluarga atau kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat andaman yang ingin anda pilih. Jika layanan dan perkhidmatan yang diberikan sangat bagus, anda boleh memilih butik tersebut. Dalam membuat pilihan tema dan warna semasa majlis, anda perlu mementingkan pakej-pakej yang ditawarkan berbanding perkhidmatan secara berasingan.
Hal ini kerana, perkhidmatan secara berasingan dikatakan lebih mahal berbanding pakej yang disediakan. Kenalpasti tema pelamin yang anda inginkan terlebih dahulu. Jika sudah ada yang berkenan, barulah berbincang dengan pereka pelamin. Jangan mengambil masa yang lama untuk memikirkan tema kerana masa akan terbuang begitu sahaja.
5. Tempahan Kad Jemputan Kahwin
Setelah tarikh dan tempat untuk melangsungkan persandingan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menempah kad jemputan. Sebelum menempah, pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Anda perlulah rajin untuk membuat pemilihan melalui internet tentang tema-tema terbaru dan terkini. Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.
Antara isi kandungan kad jemputan yang perlu diletakkan ialah nama pengantin dan keluarga berserta nombor telefon supaya mudah tetamu hubungi. Alamat rumah jika bersanding di rumah, tetapi kalau di dewan atau hotel, perlu memberitahu alamat dan peta. Rekaan peta tempat majlis persandingan juga perlulah jelas dan mudah difahami. Selain itu, selitkan juga waktu jamuan makan dan persandingan. Bagi umat Islam, kad jemputan selalunya ada tertera doa untuk pasangan pengantin. 
6. Ujian HIV Sebelum Perkahwinan
Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV. Hal ini akan menjadi teruk dan parah lagi, jika anda tidak buat ujian saringan ini, dan pasangan pula pembawa HIV, ditakuti anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Sebelum keadaan menjadi parah lebih baik kita cegah dahulu daripada terlambat. Mudah sahaja untuk melakukan ujian ini.
Jadi setiap pasangan perlu ke klinik kerajaan yang berdekatan, tanpa perlu temu janji kerana prosedur saringan ini ambil masa sekejap sahaja. Semasa di klinik, anda akan diberi borang untuk diisi, kemudian jari anda akan dicucuk untuk mendapat sampel darah. Setelah itu keputusan ujian akan diberitahu tanpa tunggu lama. Jadi jika ujian saringan ini membuktikan anda dan pasangan bebas dari jangkitan HIV, anda berdua boleh tersenyum panjang tanda bahagia.
7. Dokumen Dan Borang Perkahwinan:
Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa boring lain bergantung kepada status diri pasangan.
Setelah semua borang dan maklumat yang diperlukan siap, dokumen tersebut perlulah dihantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan tanggungjawab suami kepada isteri, dan tanggungjawab isteri kepada suami bersama pegawai agama. Cara ini selalu diamalkan di negeri . Setiap negeri berbeza prosedur yang dikendalikan oleh Jabatan Agama tetapi sama dari segi keperluan yang asas dan wajib.

Comments

Popular posts from this blog

Pening Nak Gubah Sirih Junjung? Jom Follow Tutorial Mudah Ini

Baru Tahu! Ini Sebab Kenapa Lelaki Tak Suka Pakai Cincin Kahwin

Kali Pertama Jumpa Bakal Mertua? Ini Tips Anda Perlu Follow