alau Tak DapatK Selamat Perkahwinan, selamatkanlah Iman Dan Hubungan Kita dengan Allah s.w.t
Kalau Tak Dapat Selamatkan Perkahwinan, Selamatkanlah Iman & Hubungan Kita Dengan Allah S.w.t
Bila ada satu perkara yang berlaku dalam hidup kita dan perkara itu bukan yang kita mahu, fahamilah perkara itu semua datangnya daripada Allah s.w.t
Dia ( Allah s.w.t) nak tengok apakah reaksi kita bila diuji. apa kita bersedih atau kita berdoa dan mengingatinya.
Antara hikmah Yang Allah nak kita sedar bila kita diuji dalam rumah tangga:
1. Allah s.w.t tak pernah menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Faham? maksudnya ada perkara yang baik berlaku kepada kita diatas ujian tersebut.
2. Setiap yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita. Percaya Yang Allah S.w.t Itu Maha Baik. Ini selaras dengan Hadis Nabi saw yang bermaksud;
Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat
3. Kita kena rasakan yang kita ini adalah seorang Hamba. Kita tiada upaya untuk kawal semua perkara. Jadi kita kena sedar dan wajib bergantung kepada Allah s.w.t agar segala ujian yang datang kepada kita dimudahkan serta diringankan
4.Allah s.w.t tidak pernah zalim kepada Kita! Jadi percayalah apa yang kita usaha pasti akan ada hasilnya.
Dia bergini Kawan-kawan,
Dalam berdepan kes Rumah Tangga, yang mana cuba mencari jalan penyelesaian rumah tangga inshallah pasti ada jalan penyelesaiannya. Tapi ramai juga yang gagal dalam menemui solusi
Bila tak berjaya Ramai yang diantara pasangan mengambil langkah mudah dengan mengambil keputusan untuk bercerai dengan membubarkan perkahwinan
Bila dah masuk fasa ini ramai diantara pasangan kita sering menyalahkan diantara satu denga yang lain. Suami akan Salahkan Isteri dan isteri mula salahkan suami. Tuduh menuduh dan akhirnya hina menghina diantara satu dengan yang lain
Kalian semua dalam perkahwinan kita pasti akan diuji. Seperti yang saya katakan tadi, Allah beri ujian kerana Allah nakkan respon kita. Apakah bila ujian itu datang dalam rumah tangga kita, kita akan terus berdoa kepadaNya atau menyalahkan atas apa yang berlaku?
" Apakah kita akan mengaku diri kita lemah sebagai Hamba ? Apakah kita akan rasa diri kita bersalah dengan terus memaafkan psangan kita? Apahkah Kita akan terus bertaubat? atau masih dengan ego yang ada pada diri kita? "
Diakhir kata, apakah kita akan merasa diri kita lemah dan berdoa kepada Allah s.w.t atas semua yang berlaku?
Inilah yang Allah s.w.t nak tengok kepada kita, Dimana kita Semasa Allah s.w.t timpakan ujian ini?
Kalau kita tak dapat selamatkan Rumah Tangga kita, selamatkanlah iman dan hubungan hati kita dengan Allah s.w.t. Harapnya Rumahtangga kita tidak akan runtuh iman kita juga akan bertambah
Comments
Post a Comment