"Jangan Mudah Pandang Orang Lain Jika Anda Sudah Pun Menjadi Tunangan Orang"
Jangan Mudah Pandang Atau Jatuh Hati Pada Orang Lain Jika Anda " Sudah Bertunang"
Pertunangan dalam Agama Islam membawa maksud proses pra-pernikahan iaitu proses melamar seorang wanita daripada seorang lelaki untuk dijadikan bakal isteri
Proses pertunangan ini kadangkala sangat mencabar sehinggakan menguji emosi hati dan perasaan lebih-lebih lagi bila tarikh perkahwinan kita itu semakin hari semaki hampir
"Bila dah bertunang ini, bermakna awak dah buat satu perjanjian dengan seseorang tak kisah la satu masa dulu awak yang approach dia dulu atau si dia. Jangan mudah dan jatuh cinta pada orang lain ketika awak sedang dalam proses pertunangan. Pejamkan mata, fokuskan hati untuk orang yang kita sayang sahaja"
"Dugaan bertunang ini lain, tak sama masa awak bercinta, bercouple masa mula kenal dulu. Dugaan masa itu tak besar mana. Balik-balik awak berdua akan bergaduh sahaja. Esok lusa akan baik semula. Tapi bila bertunang fasa yang kita nak lalui ini rasa lain macam. Kebiasaanya mesti melibatkan orang yang ketiga"
" Perasaan tak bila mana kita duduk seorang, tak ada pun yang nak kena bertanya siapa.Tapi bila kita dah mula bertunang ini ada sahaja yang mula ambil berat tentang kita. Seolah-olah rasa diri ini mula terkenal dan mula tarik perhatian orang lain. Masa itulah Syaitan Mula berbisik dekat hati"
"Dia itu lebih baik & ambil perhatian dari Tunang Hang"
" kau tengok tu, lembut je dia ni sopan ayu lemah lembut, hang punya tunang kasar je tak boleh nak berlemah lembut atau bergurau"
" Cubalah dulu, mana tahu berkenaan, tunang bukan tahu pun"
Semoga Hati kalian bertabah. Jangan Mudah untuk berpaling. Masa itu awak akan nampak orang lain jauh lebih dan sempurna dari pasangan awak
Apa-apa pun penganglah kepercayaan pada Allah S.wt taala. percaya bahawa tunang kita adalah jodoh yang lebih daripada orang kita lihat disekeliling. Banyakan berdoa dan buat solat isthikarah
Comments
Post a Comment