Pernikahan itu tentang perjuangan, Bukan Hanya cinta semata
Pernikahan itu tentang perjuangan bersama, bukan hanya sekadar cinta
Kalau kita fikir dalam rumah tangga itu yang diperlukan hanya sekadar cinta, ternyata kita silap besar!
Sebab itu, dalam pernikahan yang diperlukan bukan sekadar cinta, tapi komitmen bersama dalam keadaan suka atau pun duka
Dalam perhubungan, kita pasti tidak pernah lari dalam pertengkaran, perselisihan paham, maka jangan diharap dalam sepanjang kita menjalankan perhubungan perkahwinan ini kita akan lalui saat-saat cinta dan perkara yang manis
Berikut adalah adalalah 4 perkara yang kita boleh lakukan untuk kita pertahankan rumah tangga kita agar tetap bahagia selamanya!
Betul, wang boleh buat kita bahagia, tapi wang ringgit bukanlah segalanya. Sikap baik dan perlakuan yang baik terhadap pasangan akan membuat rumah tangga kita tetap utuh sampai bila-bila
Perkara yang kedua yang wajib ada dalam rumah tangga adalah sikap kejujuran kita terhadap pasangan. Hubungan rumah tangga tidak akan kekal lama jika kita dan pasangan ada berahsia dan menyembunyi sesuatu perkara.
Dua orang yang bernikah, bukan dua orang yang sama dalam segala hal.Disinilah masalahnya, kerana dua orang yang bernikah ini mempunyai karakter yang berbeza, memiliki latar belakang keluarga yang berbeza, minat yang berbeza
Oleh itu,sama-sama kita belajar memahami diantara satu sama lain
Dengan mencuba sesuatu yang baru dalam rumah tangga boleh membawa kita kepada hubungan yang bahagia bersama pasangan
Inshallah dalam setiap apa yang kita cuba usahakan dalam mengekalkan hubungan rumahtangga akan berkesan jika kita terus berjuang dalam mempertahankanya
Comments
Post a Comment