Salahkan Diri Sendiri Dahulu Jika Jodoh lambat
Jodoh lambat? Salahkan diri sendiri dahulu!
Satu soalan yang kita selalu dengar? kenapa tak ada orang NAK dekat aku? Aku ni tak cantik ke? ssampaikan tak ada orang yang nak dekat aku?
Meskipun pelbagai usaha dan ikhtiar dilakulkan namun masih belum lagi bertemu dengan jodoh yang sesuai dengan kita
Belum lagi persoalan reda bermain diminda dan kepala ini, orang disekeliling kita mula mengasak dengan pertanyaan jodoh kepada kita
Betul, Jodoh itu satu ketentuan dari Allah swt yang telah ditetapkan sebelum kita lahir didunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya
Kenapa Jodoh seseorang itu terasa lambat dan berat? Bagaimana kita Hendak Tahu yang Seseorang itu adalah Jodoh kita?
Setiap orang yang lahir didunia ini pasti Allah dah tetapkan Jodohnya.
Ini kata Ustaz Hanafi dalam ceramah beliau kenapa Jodoh seseorang itu lambat!
" Jodoh seseorang itu pasti ada samada didunia atau diakhirat kelak nanti sebagaimana Allah s.w.t telah menetapkkan rezeki kita dan ajal kita
" Sebelum Seseorang itu lahir Allah s.w.t telah menetapkan anak adam dengan 3 perkara iaitu:
1. Rezeki - Ya sebelum Kita lahir ke dunia ini Allah s.w.t telah pun menetapkan rezeki didunia sehingga kita meninggal kelak nanti. sungguhpun Allah telah merahsiakannya namun wajib kita mengetahuinya
2. Jodoh- Jodoh bermaksud pasangan yang allah ciptakan dari tulang rusuk kira yang. teman hidup kita didunia dalam berrumah tangga.
3. Ajal- ajal juga Allah swt telah pun tetapkan walaupun kita tidak mengetahuinya sebagai seorang muslim kita wajib mengetahuinya dan bersedia
Ustaz Hanafi ada menjelaskan, ada 2 sebab mengapa seseorang itu dikurniak jodoh lambat:
Pertama- Barangkali Allah memberakan jodoh seseorang itu dengan sikapnya sendiri. Mungkin seseorang terlalu memilih atau malas mencari jodoh. Dalam bab jodoh, biasanya ada 2 istilah yang kita selalu dengar iaitu " terjumpa Jodoh & mencari jodoh"
" Jadi nasihat saya, jangan mengeluh, teruskan berusaha, banyakan berdoa dan jangan kita pula berputus asa dengan rahmatnya, sebaliknya teruskan tersenyum dan sabar dalam mencari jodoh" kata ustaz Hanafi didalam kuliah beliau
Apapun ujar beliau, lambat atau cepat jodoh seseorang itu adalah urusan Allah swt. Namun sebagai seorang muslim kita wajib berusaha dan berdoa kepada Allah swt
" Paling penting kita dapat jodoh, sebenarnya ALLAH swt telah pun tetatpkan. Sebab itu setiap kali kita solat kita wajib berdoa dan meminta " Hanya Engkau Yang Kami Sembah dan meminta pertolongan"
Tolonga Apa? ( Tunjukan kami jalan yang lurus, sebagaimana engakau berikan petunjuk itu kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Jalan yang lurus termaksuklah dalam urusan kita memilih jodoh dan sebagainya
Maknanya Allah Tunjukan Jalan kita sebagai Hambanya wajib berusaha dalam mencari jodoh. hukumnya wajib. Bagi seseorang lelaki ia wajib bagi dirinya, tetapi bagi seseorang wanita Ayahnya bertanggungjawab mencarikan jodoh untuk anak perempuannya- ujar beliau lagi
oleh itu, dalam mencari jodoh ini kita haruslah bersabar dan berusaha dan kita kena selalu fikir apakah tujuan dan niat kita berkahwin? Mudah- mudah kami selalu mendoakan anda ditemukan dengan jodoh yang soleh serta solehah sesuai dengan apa yang kita impikan
Comments
Post a Comment