Dugaan Ini Menyebabkan Pasangan Bertunang Ingin Cepat Melangsungkan Perkahwinan
Dugaan Ini Menyebabkan Pasangan Bertunang Ingin Cepat Melangsungkan Perkahwinan Ternyata lumrah bertunang pasti akan diduga dengan macam-macam onak dan duri. Disinilah, setiap pasangan akan diuji tahap kesetiaan dan kuatnya kasih sayang antara satu sama lain. Sebenarnya, dugaan bertunang tidak sama sekali ketika anda merajuk ketika bercinta. Totally different, guys! Dulu masa bercinta, gaduh sikit merajuk manja pun dah rasa bahagia dan manis, bukan. Tetapi bila sudah bertunang, bila bergaduh sikit pasti salah seorang mula terasa hati. Ini kerana, fasa bertunang menuju ke gerbang perkahwinan, kita lebih memikirkan soal komitmen dan tanggung jawab. Dari situ, kita cepat terasa hati dan jika tidak kental pasti jalan singkat yang difikirkan adalah memutuskan ikatan pertunangan. Jadi, bagi mengelakkan ikatan pertunangan putus di tengah jalan, orang-orang tua selalu berpesan: Elakkan kerap berjumpa tunangan. Hanya berjumpa untuk membincangkan soal majlis sahaja. Elakkan kerap