Dugaan Ini Menyebabkan Pasangan Bertunang Ingin Cepat Melangsungkan Perkahwinan
Dugaan Ini Menyebabkan Pasangan Bertunang Ingin Cepat Melangsungkan Perkahwinan
Ternyata lumrah bertunang pasti akan diduga dengan macam-macam onak dan duri. Disinilah, setiap pasangan akan diuji tahap kesetiaan dan kuatnya kasih sayang antara satu sama lain.
Sebenarnya, dugaan bertunang tidak sama sekali ketika anda merajuk ketika bercinta. Totally different, guys!
Dulu masa bercinta, gaduh sikit merajuk manja pun dah rasa bahagia dan manis, bukan. Tetapi bila sudah bertunang, bila bergaduh sikit pasti salah seorang mula terasa hati. Ini kerana, fasa bertunang menuju ke gerbang perkahwinan, kita lebih memikirkan soal komitmen dan tanggung jawab. Dari situ, kita cepat terasa hati dan jika tidak kental pasti jalan singkat yang difikirkan adalah memutuskan ikatan pertunangan.
Jadi, bagi mengelakkan ikatan pertunangan putus di tengah jalan, orang-orang tua selalu berpesan:
- Elakkan kerap berjumpa tunangan. Hanya berjumpa untuk membincangkan soal majlis sahaja.
- Elakkan kerap berhubung. Biar rindu dendam menjadi penguat kasih sayang
- Elakkan ahli keluarga terlalu masuk campur soal hubungan anda. Ini kerana ditakuti disalah anggap oleh pihak satu lagi.
- Jarakkan hubungan dengan kawan-kawan lelaki anda walaupun meeeka hanya kawan sepejabat.
- Elakkan sikap suka mendesak pasangan
- Elakkan menjadi manusia yang cemburu buta. Ini adalah sikap no 1 perosak ikatan pertunangan.
Sikap-sikap yang dinyatakan diatas WAJIB dijauhi dan dihindari bagi menjaga hubungan bersama tunang malah hubungan kedua belah keluarga sentiasa baik sehingga melangkau ke alam rumah tangga.
Pastikan setiap hubungan berlandaskan kerana Allah bukan kerana cinta nafsu semata-mata.
Perlu diingatkan, pilihlah bakal pasangan yang baik bukan kerana anda menyukainya kerana paras rupa tetapi pilihlah mereka yang memilih hidup kerana Allah. InsyAllah, pasti rumah tangga yang dibina terus bahagia.
Anda juga diingatkan untuk kuat menghadapi dugaan bertunang. Buatlah keputusan dengan akal fikiran bukan mengikut kata hati semata-mata.
Comments
Post a Comment