Anda Dah Bertunang? atau Bakal bertunang? Ini pesanan Khas untuk Anda


Pesanan Untuk Yang Bakal Bertunang Dan Telah Bertunang Untuk Anda Hadam


Seri Rengit Katering & Events | Tips Perkahwinan | Mohd Sahzam



Bertunang tidak dinafikan ada dalam adat budaya kita sebagai tempoh perkenalan lelaki dan perempuan. Bukan itu sahaja, tempoh bertunang juga merupakan tempoh dimana keluarga lelaki dan perempuan membina hubungan baik dan merapatkan silaturrahim.
Orang tua-tua selalu pesan kalau dah berkenan dihati tu, cepat-cepatlah masuk meminang untuk memelihara maruah masing-masing dan juga menjauhi dari anasir-anasir si mulut murai atau lebih tepat lagi makcik bawang.

Dah kalau bertunang tu jangan pula ikat lama sangat untuk ke alam perkahwinan sebab katanya nanti makin banyak cabaran dan dugaan yang mendatang. Kalau niat kita baik, mesti semuanya dipermudahkan. Lagipun bertunang itu adat sahaja, jika ada rezeki seeloknya nikah terus.
Biasanya, dalam fasa tempoh bertunang inilah kita mengenali sikap sebenar bakal pasangan kita. Dalam tempoh ini jugalah kita boleh membuat keputusan sama ada ingin meneruskan ikatan ataupun sebaliknya.
Bukanitu sahaja, sebenarnya dugaan bertunang ini juga mendidik kita erti sabar. Jika benar sayang, masa inilah kita bersabar dan setia kepada bakal pasangan. Ini kerana, selepas berkahwin pelbagai lagi masalah dan dugaan lebih hebat akan berlaku. Waktu ini anda sudah tak perlu risau kerana sudah mengerti bagaimana cara menghadapi dugaan bersama pasangan.

Comments

Popular posts from this blog

Pening Nak Gubah Sirih Junjung? Jom Follow Tutorial Mudah Ini

Baru Tahu! Ini Sebab Kenapa Lelaki Tak Suka Pakai Cincin Kahwin

Kali Pertama Jumpa Bakal Mertua? Ini Tips Anda Perlu Follow