" Jangan Bertunang Lama-Lama Kata Orang Tua" Kenapa? Ini Jawapanya


Kenapa Tak Elok Bertunang Lama-Lama? Ini Jawapannya


Seri Rengit Katering & Events | Tips Perkahwinan | Mohd Sahzam

Ternyata lumrah bertunang pasti akan diduga dengan macam-macam onak dan duri. Disinilah, setiap pasangan akan diuji tahap kesetiaan dan kuatnya kasih sayang antara satu sama lain.
Sebenarnya, dugaan bertunang tidak sama sekali ketika anda merajuk ketika bercinta. Totally different, guys!
Kredit: mstar
Kebanyakan berpendapat lebih cenderung mengatakan bahawa perlunya pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan di atas pinangan.
Ada pendapat juga mengatakan tidak elok bertunang lama-lama kerana dikhuatiri banyak perkara buruk akan berlaku. Paling lama pun dalam tempoh 6 bulan sahaja. Itupun segala gerak geri dan kelakuan orang yang telah bertunang ni pasti menjadi perhatian orang keliling. Silap-silap jadi topik bualan golongan kaki bawang.
Ada sebab mengapa orang-orang tua melarang kita bertunangdalam tempoh yang agak lama sehingga mencecah setahun dan lebih.
Menurut Yusuf Al-Qardhawi, seseorang itu tidak akan mempunyai hak terhadap tunangnya selain hak hanya untuk melamar iaitu untuk “mengikat” kekasihnya dalam tempoh tertentu yang sudah dipersetujui supaya tidak ada lelaki lain yang boleh melamar perempuan itu.

Dugaan = Syaitan 

Percayalah kebanyakan alasan putus tunang adalah dari perkara yang kecil seperti orang ketiga, cepat terasa dan tidak mahu bertolak-ansur. Iman dan nafsu tonggak utama untuk anda memastikan pertunangan selamat sampai ke hari besar. Bila berdua pasti akan ada perkara ketiga iaitu syaitan, ia akan lakukan apa sahaja untuk meruntuhkan jambatan bagi membina masjid baru. Beringatlah dugaan yang datang ialah kesan dari iman yang nipis dan lemah.
Jadi, seeloknya jika anda merancang untuk bertunang terhadkanlah tempoh itu paling kurang 3 bulan sahaja sebagai tempoh untuk anda menyiapkan persiapan perkahwinan.
Elakkan bertunang tempoh satu tahun dan lebih kerana ini mampu menjurus perasaan bosan dan kerap bergaduh bersama pasangan.
Fikir-fikirkanlah!

Comments

Popular posts from this blog

Pening Nak Gubah Sirih Junjung? Jom Follow Tutorial Mudah Ini

Baru Tahu! Ini Sebab Kenapa Lelaki Tak Suka Pakai Cincin Kahwin

Kali Pertama Jumpa Bakal Mertua? Ini Tips Anda Perlu Follow