Posts

Showing posts from December, 2019

5 Perkara Penting Sebelum Nak Buat Majlis Perkahwinan

Image
5 Perkara Penting Sebelum Nak Buat Majlis Perkahwinan Setelah menjalinkan hubungan yang lama dan erat, anda dan pasangan kini bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan. Seronok bila nak kahwin tapi, stress bila difikirkan. Banyak persiapan yang perlu dibuat bagi meraikan hari bahagia. Macam mana nak urus? Nak mula dari mana? Apa perkara penting yang perlu diuruskan terlebih dahulu? 1. Lokasi Majlis Perkahwinan Berapa jumlah jemputan anda? Pastinya ia bergantung pada kapasiti tempat yang dipilih tidak kiralah sama ada dewan atau rumah perlulah sesuai dengan jumlah jemputan yang hadir. Kita menjemput mereka datang untuk sama-sama meraikan hari bahagia kita, takkanlah nak dibiarkan mereka terpaksa berdiri menunggu tempat duduk hingga tetamu yang lain selesai menjamu selera. Jadi, pemilih lokasi perkahwinan mesti bersesuaian 2. Berhawa Dingin Atau Tempat Terbuka Penghawa dingin dan kipas mencukupi buat tetamu yang datang. Terutamanya jika majlis diadakan di rumah. Tetapi

Tips 7 Persediaan Yang Wajib Anda Tahu sebelum berkahwin - Seri Manis Katering

Image
7 Tips Persediaan Perkahwinan Yang Wajib Korang Tahu Sebelum Berkahwin!                                                       Kredit : Sweet Pictures Perkahwinan Merupakan sesuatu yang wajib dan dianjurkan didalam Agama Islam kerana ia bukan sahaja memberi impak positif pada diri kita bahkan pada generasi yang akan dilahirkan pada masa akan datang Sebelum perkahwinan itu berlangsung anda dan bakal pasangan and wajib tahu prosedur-prosedur sebelum perkahwinan. Betul kan? Tak kan nak terus jumpa Tok Kadi terus nak Bernikah! Jom Hari ini seri manis katering nak share 7 Tips yang Wajib korang  bagi anda yang nak melangsung perkahwinan pada tahu 2020! 1. Pemilihan Tarikh Perkahwinan Yelah Nak berkahwin mesti kena tahun bila tarikh kita nak berkahwin kan? ini bertujuan  bagi memudahkan kita memberi hebahan kepada saudara mara dan juga sahabat handai tentang perkahwinan kita. Sebagai contoh Tarikh yang wajib anda pilih kebiasaanya pada musim cuti sekolah  atau cuti hujung da

"Niat Kau Kahwin Kena Betul, Susah Senang Sama"

Image
'                                                                  Kredit: Sweet pictures "Niat Kau Kahwin Kena Betul, Susah Senang Sama" Bila ingat balik patutlah orang kata, 5 tahun berkahwin adalah yang paling mencabar sekali. 5 tahun tu adalah tahunn yang menguji bagi suami dan Isteri. DiSitulah Jatuh bangun kita nak mengenal pasangan kita. Lelaki ini kongsikan, betulkan niat kita semasa kita nak kahwin. Jangan sia-siakan pasangan kita yang ada masa senang dan susah "Ingat lagi bila kami baru berkahwin duduk dirumah sewa, beli dapur beli peti ais beli tilam, beli barang- barang yang penting sahaja. Benda yang tak penting macam tv, sofa  dan juga meja makann kami tidak beli" " Bulan ini kami beli peti ais. sikit-sikit kami beli duit sama beli barang-barang untuk perkahwinan. Memang perkahwinan itu membuka pintu rezeki, kau jangan ingat rezeki tu duit saja. hati senang pu rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun kira satu rezeki. Walaup

Kahwin Ni Ada Masa Seronok, Ada Masa Menyakitkan

Image
Kahwin Ni Ada Masa Seronok, Ada Masa Menyakitkan Kahwin ni kan ada masa kita Bahagia senyum sampai ke telinga. Ada masa gaduh rumah macanm nak runtuh . Ada Ribut datang bergoncang dengan pelakon tambahan. Ada masa mak mertua datang dengan tinggalkan sedikit kesan. . Ada masa mak sendiri datang memberi pandangan da menantu pun mula tersenget memberi kesan memendam. Ada ketika ipar duai mulut celupar . Ada masa nak lari tinggalkan anak dan pasangan. Ada masa menyesal sampai tak boleh nak balik ke belakang. .  Ada Masa kahwin beruntunng dapat pasangan yang baik Ada masa sejuk bila melihat anak dan ada masa  rasa romantik  macam dalam filem. Ada masa lenjun basah kuyup bila naik motor sama-sama dengan pasangan. Berhenti dekat traffic light  nampak ada couple acah-acah romantik padahal tak jadi nak kahwin in the future . Macam tu kahwin dik, banyak suka dan banyak juga duka.Bertahan bukan sebab harta tapi sebab tangungjawab to each other. Sebab sayang ana

Hidup Rumah Tangga Ada Pasang Surut, Ini 4 Fasa Perkahwinan Setiap Orang Perlu Lalui

Image
Hidup Rumah Tangga Ada Pasang Surut, Ini 4 Fasa Perkahwinan Setiap Orang Perlu Lalui Rahsia dan tips perkahwinan bahagia seringkali menjadi persoalan besar dalam kehidupan suami isteri. Padahal, semua itu boleh diperolehi dengan melakukan perkara yang mudah. Ia seperti sentiasa mengucapkan terima kasih pada pasangan atau meraikan pencapaian yang diraihnya dalam hari-hari yang dilalui. Antara fasa-fasa dalam perkahwinan. Fasa 1:  5 tahun pertama perkahwinan Tempoh ini, waktu nak kenal betul-betul dengan pasangan kita. Walaupun dah bercinta bertahun pun tapi bila hidup sebumbung, sebantal dan sekatil, masa tu lah baru kenal buruk baik pasangan. Tiada lagi istilah kentut bau wangi masa ni. Masa ni juga nak belajar serba serbi. Hidup ada anak dan bahagikan masa. Mula kehidupan sendiri dan sebagainya. Memang mencabar untuk fasa ini, tapi yang penting, sabar dan terus sabar.. Letakkan Allah sebagai penolong sebaiknya. Fasa 2:  Usia perkahwinan 5- 10 tahun Pada fasa ini suami is

Bersediakah Anda Hadapi Dugaan Fasa Pertunangan?

Image
Bersediakah Anda Hadapi Dugaan Fasa Pertunangan? Fasa Pertunangan ialah fasa dimana ujian cabaran dugaan bakal pengantin perlu hadapi sehinggalah detik ijab kabul lafaz nikah oleh wali dan bakal suami. Dari permulaan cabaran mencari tarikh pernikahan, faktor kewangan, kengkangan masa, persiapan majlis, gangguan emosi, tekanan daripada pihak-pihak yang bercanggah pendapat, hadirnya bekas kekasih, kejujuran, kesetiaan, keimanan, kesabaran diuji satu persatu oleh bakal pengantin. Air mata fasa pertunangan adalah perkara biasa. Mengadulah kepadaNya. Mintalah ketenangan, kekuatan, jalan penyelesaian, kelancaran dan keyakinan untuk perkahwinan ini. Berjuanglah untuk jodoh ini. Kerana lelaki ini yang berjuang untuk membahagiakan, berkorban macam perkara untuk sampai ke gerbang perkahwinan demi menemani sang isteri sehingga akhir hayat. Berjuang dan selebihnya tawakal kepada Allah SWT. Betulkan niat pernikahan ini, janji Allah SWT itu pasti. Semua urusan diperlancarkan dan akan

Jangan Sesekali Abai Solat Walaupun Sedang Sibuk Nak Bersanding, Ikut Tips Ini!

Image
Jangan Sesekali Abai Solat Walaupun Sedang Sibuk Nak Bersanding, Ikut Tips Ini! Pengantin perempuan kebiasaannya akan mengenakan solekan ketika majlis walimatul urus bersama pasangan masing-masing. Namun tatkala waktu Zuhur, mereka terpaksa menanggalkan solekan untuk berwuduk dan solat Zuhur, kemudian akan mekap semula untuk sesi fotografi seterusnya selepas Asar. Dalam Islam, adakah rukhsah yang diberikan untuk pasangan pengantin ini supaya tetap menjaga solat mereka? Sebelum menjawab soalan ini, perlu difahami bahawa solat merupakan satu ibadah yang menghubungkan hamba dengan Tuhan-Nya yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Solat merupakan tiang agama dan ALLAH SWT mencela orang-orang yang melalaikan dan bermalas-malasan dalam menunaikan solat. Ia merupakan rukun Islam yang paling utama setelah dua kalimah syahadah. Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya ata

Throwback! Imbau Nostalgia Kenduri Kahwin Zaman Dulu-Dulu

Image
Throwback! Imbau Nostalgia Kenduri Kahwin Zaman Dulu-Dulu zaman semakin berubah. Trend dan gaya pun mengikut arus kemodenan. Begitu juga dengan trend majlis perkahwinan. Rata-ratanya banyak berubah dan pada masa kini masyarakat lebih memilih tempahan di hujung jari berbanding bergotong royong menjayakan sesuatu majlis. Kredit: Dewimalaysia.com Kalau zaman dahulu sehingga sekitar tahun 80-an, masyarakat kebanyakannya akan bersama-sama seluruh ahli keluarga, saudara mara dan orang kampung bergotong royong untuk memasak, memasang khemah, mengubah hantaran, membuat bunga telur. Senang kata, aktiviti ‘rewang’ bagi majlis perkahwinan zaman dahulu sangat-sangat meriah. Paling best, majlis zaman dulu 3 hari sebelum majlis orang kampung dah datang merewang. Rumah tuan majlis memang heboh waktu tu. Paling meriah, bahagian memasak yang dipenuhi makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang duduk diatas pangkin bersembang dan bergurau sambil ‘membawang’ . Kali ni Wedpedia nak mengimbau kenanga

Isi Majlis Nikah Dengan Keberkatan Dengan Amalan Doa Ini, Bakal Pengantin Ambil Perhatian

Image
Isi Majlis Nikah Dengan Keberkatan Dengan Amalan Doa Ini, Bakal Pengantin Ambil Perhatian Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna bahasa iaitu berkumpul dan berhimpun. Manakala, kedua dengan makna syar’i, iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan intim antara lelaki dan wanita. Perkahwinan Menurut Islam Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Malah, dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan. Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang menyarankan agar umat Islam bernikah. Kredit: AF Canopy Firman Allah swt: فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً Maksudnya, “… Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja…”  (Surah an-Nisa’, Ayat 3) Dari An

Petanda Si Dia Adalah Jodoh Kita Paling Tepat, Tak Perlu Aura Ke 19

Image
Petanda Si Dia Adalah Jodoh Kita Paling Tepat, Tak Perlu Aura Ke 19 Jika anda sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang, mungkin anda masih keliru atau tertanya-tanya – adakah dia pasangan hidup anda yang sebenar? Macam mana nak tahu dia jodoh kita? Jangan risau, jom tengok 10 petanda yang dia itu jodoh kita. Mana tahu, dengan bantuan dari tip ini, anda dapat membuat salah satu keputusan yang terbesar dalam hidup anda untuk mendirikan rumah tangga! 1.     Anda Berasa Selesa Berada Di Sampingnya Antara tanda dia jodoh kita boleh dilihat dari segi perasaan selesa yang kita alami. Contohnya, adakah anda selalu berasa tenang apabila bertemu dengannya? Tidak serabut kepala atau rasa tertekan. Jika ya, ia mungkin kerana adanya keserasian, dan itu adalah salah satu resepi penting dalam kemakmuran rumah tangga! 2. Dia Dapat Memahami Anda Selalunya, jika tiada keserasian antara anda dan pasangan, dia tidak dapat memahami anda dengan baik. Dia tidak sedar anda dalam

Sunat Lakukan 4 Perkara Ini Selepas Selesai Akad Nikah

Image
Sunat Lakukan 4 Perkara Ini Selepas Selesai Akad Nikah Perkahwinan adalah fitrah kejadian manusia. Ianya adalah jalinan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Ini bersesuaian dengan konsep penciptaan manusia yang dijadikan Allah swt agar berpasang-pasangan. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” Konsep ciptaan begini membuktikan keseimbangan alam semesta yang dicipta-Nya dan dalam pemeliharaan-Nya. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.” Kami kongsikan 4 perkara sunat dilakukan selepas akad nikah. 1) Solat sunat selepas akad nikah Lafaz Niat :  “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Maksud: Sahaja ak